Sejarah Masjid Nabawi
Masjid an-Nabawi (bahasa Arab: المسجد النبوي al-Masjid al-Nabawīy)
atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut
kepercayaan umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W.
Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan
masjid ketiga paling suci dalam Islam.
Masjid ini asalnya dibina
sendiri oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda
diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama
yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid
Quba. Rasullah saw membangunkan masjidnya atas asas taqwa.Masjid ini
terletak kira-kira 597m dari aras laut.Kedudukannya di tengah-tengah
bandar Madinah menjadikannya seperti bulan purnama dan permata yang
bersinar,sesuai dengan peranannya sebagai sumber cahaya dan keindahan
Islam.Tanah tapak masjid ini berasal daripada tempat mengering tamar
kepunyaan dua orang anak yatim (Suhail dan Sahl).Rasulullah saw
kemudiannya membeli tanah tersebut.Kawasan ini dipenuhi dengan
pokok-pokok tamardan juga runtuhan-runtuhan lama yang kemudiannya
dibersihkan dan diratakan untuk didirikan masjid.Kisah tanah ini
terpilih untuk dijadikan tapak masjid sungguh unik sekali.Setelah
Rasulullah saw keluar dari Quba' menuju ke kota Madinah,orang ramai
berebeut-rebut mengheret tali unta Rasulullah saw untuk membawa baginda
sebagai tetamu ke rumah masing-masing.Namun demikian Rasulullah saw
menyerahkan kepada unta baginda untuk membuat pilihan.Unta itu terus
berjalan sambil berpaling ke kanan dan ke kiri seolah-olah mencari
sesuatu,sehinggalah ia berhenti di tempat mimbar yang ada pada hari
ini.Selepas ia berhenti, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud " Insyaallah, di sinilah tempatnya".
Masjid Nabawi dibina buat
pertama kalinya pada tahun pertama hijrah (622M) iaitu pada hari kedua
setibanyan Rasulullah saw di kota Madinah.Keluasan asalnya kira-kira
850.5m persegi dan 2.9m tinggi.Atapnya diperbuat daripada
pelepah-pelepah pokok tamar, disimen dengan tanah liat.Rasulullah saw
sendiri turut sama dalam pembinaan ini dengan memikul dan membawa
batu-batu.Pada ketika zaman Rasulullah saw dan Khulafa' Rasyidin,Masjid
Nabawi tidak memiliki menara.Orang yang pertama sekali membangunkan
menara Masjid Nabawi ialah Umar ibn Abdul Aziz pada tahun 93 H, iaitu
dikeempat sudut Masjid.Ukuran keluasan Masjid Nabawi selepas pembesaran
terakhir ialah ; tingkat bawah seluas 98,500 m persegi,boleh menampung
seramai 167,000 m persegi dan tingkat atas seluas 67,000m persegi,boleh
menampung seramai 90,000 jemaah.Jumlah keseluruhannya ialah 165,500m
persegi dan boleh menampung lebih kurang 257,000 orang jemaah.Masjid
Nabawi sekarang mempunyai 27 buah kubah bergerak, 543 buah kamera bagi
mengawal keadaan di luar dan dalam masjid,4 buah eskalator dan 18 buah
tangga biasa.
Menara masjid
Ketika zaman Rasulullah SAW dan
Khalifah Ar-Rasyidin, Masjid Nabawi tidaklah memiliki sebarang bentuk
menara. Orang yang pertama sekali membina menara Masjid Nabawi ialah
Umar bin Abdul Aziz pada tahun 93 Hijrah, iaitu dengan mendirikan empat
menara masjid yang berketinggian lebih kurang 27.5 meter pada empat
sudut. Kemudian diikuti Qaitbay dengan membangunkan menara kelima di
Babur Rahmah. Kelima-lima menara Masjid Nabawi ini terus dipertahankan
sehinggalah tiga buah menaranya diruntuhkan untuk memberi laluan kepada
projek Perluasan Saudi Pertama. Kemudiannya tiga menara yang diruntuhkan
telah diganti dengan dua buah menara baru setinggi 72 meter. Lalu pada
Projek Perluasan Saudi Kedua ditambah lagi dengan 6 buah menara Masjid
yang setiap satunya berketinggian 104 meter, tinggi hilal 6 meter dan
beratnya mencecah 4.5 tan. Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah
menara masjid. Perlu juga diketahui bahawa tinggi menara Masjid utama
ialah 44.53 meter, sedangkan menara di Pintu Salam (Babus Salam) adalah
setinggi 38.85 meter.( Rujuk Buku Sejarah Madinah Al-Munawwarah
Bergambar, editor by; Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani. m/s 31.Edisi
Pertama 1426 Hijrah/2005 Masihi. ISBN: 9960-49-477-0)
Didalam Masjid Nabawi pastinya terdapat Karpet masjid yang sangat
bagus dan bekualitas, serta perlengapan masjid lainnya yang sangat lengkap.
Jika di masjid anda belum tercukup untur perlengkapan masjid, salah satunya Harga Karpet Masjid 2017. Kami siap membantu anda kapanpun untuk mendapatkanya. Apabila anda ingin mengetahui lebih
tentang produk karpet kamu, silahkan kunjungi di website kami yaitu www.aladdinkarpet.com
Sumber:
http://roy-nadzri.blogspot.com/2010/03/sejarah-ringkas-masjid-nabawi.html

Komentar
Posting Komentar